Anwar menang, bakal PM 0 5736

KUALA LUMPUR 5 Ogos – Datuk Seri Anwar Ibrahim berada pada landasan terbaik untuk mengambil alih kedudukan Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri selepas berjaya memenangi jawatan Presiden PKR.

Beliau menang tanpa bertan­ding apabila menjadi satu-satu­nya calon yang menghantar borang ke ibu pejabat PKR di Peta­ling Jaya dekat sini hari ini bagi me­rebut jawatan tersebut.

Borang pencalonan Anwar dicadangkan sendiri oleh Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail untuk membolehkan suaminya mengambil alih peranan beliau untuk menerajui parti.

Peralihan kuasa dari­pada Dr. Mahathir kepada Anwar dijangka dilaksanakan dalam tempoh dua tahun selepas Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei lalu, namun Presiden PKR itu terlebih dahulu perlu bertanding di dalam pilihan raya dan menjadi Ahli Parlimen.

Kemenangan Anwar itu juga sedikit sebanyak menggembirakan penyokongnya yang sebelum ini dikatakan bimbang ko­non­nya beliau akan disaingi oleh menteri ‘paling berkuasa’ dalam Kabinet selepas Dr. Mahathir iaitu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Ia susulan daripada spekulasi bahawa Dr. Mahathir cuba mengangkat Mohamed Azmin dalam usaha mengekang kemaraan Anwar dalam pentas politik.

Bagaimanapun hasrat menyaksikan pertembungan Anwar dengan Timbalan Presiden PKR itu tidak kesampaian apabila Menteri Hal Ehwal Ekonomi tersebut sekadar mahu mempertahankan jawatannya dalam pemilihan parti yang akan bermula September ini.

Mengulas mengenai keputusan Mohamed Azmin, Setiausaha Politiknya, Hilman Idham berkata, kesetiaan Mohamed Azmin terhadap Anwar tidak boleh dipertikaikan.

“Sepanjang berkhidmat de­ngan Mohamed Azmin, saya tahu beliau orang yang setia dengan Anwar. Tiada orang lain yang le­bih setia kepada Anwar selain Mohamed Azmin,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat parti itu.

Mohamed Azmin akan menentang Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli sekali gus menepati persepsi sesetengah pemerhati politik mengenai pertembungan kem Mohamed Azmin dan kem Rafizi.

Malah ia seolah-olah seperti mengesahkan kandungan rakaman suara yang ditularkan sebelum ini yang mendakwa Rafizi mendapat ‘restu’ untuk menentang Moha­med Azmin meskipun tidak terbukti suara tersebut adalah milik Anwar.

Bagaimanapun, rata-rata pe­mimpin tertinggi PKR yang menghantar borang pencalonan ma­sing-masing tidak mahu melihat sebarang tindakan yang boleh memecahbelahkan parti itu sama ada spekulasi pertembungan Mohamed Azmin dengan Anwar atau Rafizi- Utusan Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15398

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8418

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news