Rokok dan bir seludup dirampas PGA di Mukah 0 6629

SIBU: Rokok dan bir seludup bernilai RM92,201 berjaya dirampas oleh Batalion 10 Pasukan Gerakan Am Batalion 10 dalam dua operasi serentak di Mukah pagi semalam.

Pegawai Pemerintah Superintenden Sanudin Md. Isa berkata, serbuan Ops Libas yang diketuai oleh Inspektor Mohd Salman Zulfitri Sheekandar dilancarkan di sebuah kedai yang beroperasi tanpa cukai di sebuah rumah kedai terletak di Pusat Komersial Jalan Setia Raya melibatkan seramai 10 pegawai penguatkuasa PGA dan tiga pegawai dari Jabatan Kastam Sibu 10.30 pagi itu.

“Kami menjangkakan lebih banyak kegiatan penyeludupan semasa musim perayaan Gawai Dayak dan Hari Raya, berikutan permintaan tinggi terhadap rokok dan bir murah.

“Kami memang menjangkakan dalam setiap perayaan, termasuk Hari Raya, terdapat peningkatan dalam kegiatan penyeludupan, walaupun dalam bulan puasa, namun ia tidak menghalang kami daripada menjalankan operasi,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

“Pasukan kami telah melakukan serbuan di sebuah kedai di tingkat pertama bangunan itu, kerana disyaki menjalankan kegiatan penyeludupan.

“Semasa serbuan, kami telah menangkap seorang lelaki warga Indonesia yang sedang membawa satu bungkusan plastik warna hitam mengandungi rokok seludup,” katanya.

Sanudin berkata, lelaki itu kemudian membawa ketua serbuan ke tempat penyimpanan rokok-rokok tersebut di tingkat satu premis tersebut.

Katanya, lelaki itu diarah oleh ketua serbuan untuk membuka pintu stor dan mendapati sebanyak 655 karton rokok seludup pelbagai jenama di dalam stor kedai itu.

Dianggarkan barang-barang bernilai RM76,641, dipercayai duti importnya belum dibayar dari China dan Indonesia.

Sanudin berkata, pihaknya juga mendapati dokumen perjalanan suspek tamat tempoh.

Sejurus itu, pasukan sama juga menyerbu sebuah premis di bangunan yang sama 15 minit kemudian dimana sejumlah 128 kotak bir jenama Heineken, Laoshan dan Tiger bernilai RM15,460 juga dirampas dari kedai tanpa penjaga tersebut.

‘Kedua-dua kesalahan tersebut disiasat di bawah Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967.

Jika sabit kesalahan itu, tertuduh boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau 10 kali ganda nilai rampasan itu dan antara enam bulan hingga tiga tahun penjara jika didapati bersalah di mahkamah.

Sanudin juga meminta orang ramai supaya memberikan kerjasama untuk menyalurkan maklumat mengenai sebarang aktiviti penyeludupan. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13153

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12622

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news