Asal usul nama Simanggang (Sri Aman) 0 8513

Tahukah anda Bahagian Sri Aman dahulunya dikenali sebagai Simanggang atau Bahagian Kedua mula ditubuhkan pada 1 Jun 1873. Nama Sri Aman diambil sempena peristiwa bersejarah Deklarasi Sri Aman (satu perjanjian keamanan yang ditandatangani pada 21 Oktober 1973 diantara Kerajaan dan pengganas komunis).

Penukaran nama tersebut secara rasminya dibuat pada bulan Mac 1974. Sebelum pengisytiharaan Daerah Betong sebagai sebuah Bahagian yang kesebelas pada 26 Mac 2003, Bahagian Sri Aman mempunyai empat daerah iaitu Daerah Sri Aman, Lubok Antu, Betong dan Saratok serta sembilan daerah Kecil iaitu Daerah Kecil Pantu, Lingga, Maludam, Engkilili, Spaoh, Debak, Pusa, Roban dan Kabong.

Setelah Betong diisytiharkan sebagai Bahagian baru, bahagian Sri Aman sekarang hanya tinggal dua daerah iaitu Sri Aman dan Lubok Antu dan tiga daerah kecil iaitu Daerah Kecil Pantu, Lingga dan Engkilili.

Pejabat Residen Sri Aman secara rasminya ditubuhkan pada 1.6.1873 dan bertempat di tingkat atas Kubu Alice. James Brooke Crookshank dilantik sebagai Residen pertama Simanggang (nama lama Sri Aman). Kewujudan Pejabat Residen di Simanggang menandakan kekuasaan Kerajaan Negeri di kawasan tersebut ketika itu.

Menurut cerita Simanggang mendapat nama kononnya daripada seorang Pedagang Cina yang bernama Ah Song yang menjual barang keperluan menggunakan perahu di persekitaran penempatan Batang Lupar. Penduduk tempatan di situ pula menggunakan bahasa tempatan untuk berkomunikasi di antara satu sama lain. Dengan demikian pedagang Cina ini juga berusaha menggunakan bahasa tempatan setakat yang termampu. Pada suatu hari datanglah seorang Iban dari Batang Ai yang hendak berjumpa dengan Ah Song yang sudah lama tidak berkunjung ke tempat mereka. Lalu bertanyalah seorang Iban tersebut kepada kawan karib Ah Song:

“Dini alai Ah Song” Tanya beliau.
” Udah Si Manggang” jawabnya sambil bergurau.

Dalam bahasa Cina ‘Si’ bermaksud ‘mati’ dan dalam bahasa Iban pula ‘manggang’ (magang) bermaksud ‘semua’. Jadi ‘Si Manggang’ bermaksud sudah ‘mati semua’. Ringkasnya selepas itu apabila mereka hendak berjumpa dengan Ah Song mereka akan memberitahu bahawa mereka hendak ke tempat yang bernama Simanggang.

Selepas pengisytiharan Daerah Betong sebagai Bahagian Betong pada 26 Mac 2002, dengan ini Bahagian Sri Aman cuma terdiri daripada 2 Daerah dan 3 Daerah Kecil dan 2 Stesen. Ia terdiri daripada Daerah Sri Aman dan Daerah Lubok Antu. Manakala Daearah kecil meliputi Daerah Kecil Pantu, Daerah Kecil Lingga dan Daerah Kecil Engkilili. Stesen yang masih tinggal iaitu Stesen Nanga Entalau dan Stesen Nanga Kesit.

Bahagian Sri Aman mempunyai keluasan kira-kira 6,184.1 kilometer persegi yang diliputi oleh kawasan tanah rata dan berbukit. Bandar Sri Aman terletak kira-kira 193 kilometer ke timur Bandaraya Kuching.

Bahagian Sri Aman mempunyai kira-kira 88,006 orang penduduk yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik. Kumpulan Etnik yang terbesar adalah Iban yang berjumlah 58,066 orang (65.7%), Melayu 18,442 orang (20.9%), Bidayuh 526 orang (0.6%), Melanau 262 orang (0.3%), Bumiputera lain 151 orang (0.2%), Cina 10,524 orang (1.1.9%) dan bukan Bumiputera lain 35 orang (0.0%), manakala bukan warga negara pula seramai 435 orang (0.5%).

Pertanian dan perikanan merupakan sektor yang amat penting di bahagian ini kerana bahagian ini tidak mempunyai sumber asli seperti gas, minyak dan sebagainya. Namun begitu sumbangan daripada sektor perhutanan juga kian berkurangan. Oleh itu kegiatan peladangan kelapa sawit, penanaman padi dan perusahaan perikanan darat adalah aktiviti yang amat penting untuk bahagian ini. Jenis tanaman lain yang diusahakan penduduk di sini adalah getah, lada, kelapa, sagu dan koko.

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13449

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8138

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news