Sejarah asal usul nama Bintulu 0 5949

Tahukah anda Nama ‘Bintulu’ diambil bersempena nama sungai Mentulau – yang bererti ‘kepala'(ulau) dalam dialek Melanau Bintulu. Sebagaimana yang telah kita ketahui, pada zaman dahulu, antara aktiviti yang dilakukan oleh penduduk di sini ialah memotong kepala musuh yang mengancam keselamatan diri dan keluarga mereka. Setelah dibunuh, kepala tersebut diambil, disalai (pengawetan) dan disimpan sebagai satu kemegahan dan tanda keperwiraan.

Tidak berapa jauh dari hulu Sungai Sebiew, ada dua orang bersaudara yang bernama Bernik dan Jelab, serta beberapa orang pengikutnya, membina rumah berhampiran sungai kecil yang mempunyai tebing yang rata dan luas. Pada mulanya, sungai tersebut tidak bernama. Sungai tersebut diberi nama Mentulau kerana di situlah tempat Bernik, Jelab dan pengikut-pengikut mereka menyalai kepala. Lama-kelamaan perkataan MENTULAU ini bertukar menjadi BINTULU dan bersempena nama sungai itu, daerah ini dinamakan sebagai Bintulu.

Menurut sumber lain, nama Bintulu diambil sempena perkataan ‘metuk ulau’ dalam dialek Melanau Bintulu yang bererti mengambil kepala yang dibuang di sungai. Begitulah serba-sedikit sejarah bagaimana Bintulu mendapat nama.

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13188

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8103

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news