SERIKIN: Hajat seorang warga Indonesia untuk menikmati hasil curi yang ‘lumayan’ tidak kesampaian apabila berjaya dihidu oleh barisan akhir kawalan sempadan negara.
Lelaki itu hanya tinggal beberapa ratus meter dari sempadan Malaysia-Indonesia, dengan tiga motosikal mahal, namun kelibatnya berjaya dipintas pasukan Batalion Ke-13 Rejimen Askar Melayu Diraja (13RAMD) yang mengawal sempadan.
Pasukan yang diketuai oleh Lt Kol Ismahizan Ishak itu berjaya mencekup pencuri berstatus pendatang tanpa izin tersebut di Serikin.
“Ketika ditahan, suspek dan tiga motosikal curi tesebut sedang melepasi lorong tikus di Serikin pada jam 4 petang Khamis.
Suspek dan motosikal terbabit kata Ismahizan, kemudian dibawa ke Balai Polis Bau untuk tindakan lanjut dan siasatan oleh pihak polis.
“Anggaran awal nilai rampasan berjumlah RM26 ribu,” katanya lagi. –Sarawakvoice