Nor Irwan PKR lawan Fadillah (BN) dan Pas di Parlimen Petra Jaya 0 5660

KUCHING: Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari Pakatan Harapan (Harapan) Datuk Ir Dr Nor Irwan Ahmat Nor tidak gentar menentang penyandang kerusi Parlimen Petra Jaya P194 Datuk Seri Fadillah Yusuf dari Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei depan.

Nor Irwan bekas jurulatih silat, menganggap penampilannya kali ini dianggap “sirih pulang ke gagang” untuk berkhidmat kepada masyarakat setempat.

“Saya tidak takut bersaing pada pilihan raya ini. Saya mahu kawasan Parlimen Petrajaya ada wakil Pakatan Harapan.

“Saya teruja berkhidmat untuk masyarakat serta mahu membantu menyelesaikan masalah yang mereka hadapi,” ujar anak bekas guru silat Cimandi yang juga guru silat Sarawak.

Beliau pemegang ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, Sarjana Kejuruteraan (Pengurusan Kejuruteraan) dan Doktor Falsafah Kejuruteraan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Saingan tiga penjuru antara penyandang; Datuk Seri Fadillah Yusuf (BN) -tengah, Datuk Dr Ir Nor Irwan Ahmat Nor (Harapan) -kiri dan Hamdan Sani (Pas) -kanan.

Anak jati Laruh Skim, Petra Jaya ini bekas pegawai penyelidik di Universiti Teknologi Malaysia dan Pensyarah Kanan Universiti Teknologi Tun Hussein Onn serta terlibat dalam Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Unesco dan sebagainya.

Nor Irwan berkata, beliau sudah turun padang sejak lebih setahun lalu mendengar masalah rakyat.

Menurutnya, rata-rata penduduk teruja “saya kembali” untuk berkhidmat kepada masyarakat.

“Saya telah masuk semua kawasan Petrajaya dan membantu mereka yang memerlukan pertolongan.

“Sambutan daripada masyarakat amat baik,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya menyasarkan “pengundi muda” yang berani melakukan perubahan.

“Kami meletakkan sasaran 60 peratus pengundi muda dan kami yakin sokongan diberikan,” katanya.

Parlimen Petra Jaya menyaksikan saingan tiga penjuru antara penyandang; Datuk Seri Fadillah Yusuf (BN), Datuk Dr Ir Nor Irwan Ahmat Nor (Harapan) dan Hamdan Sani (Pas).

Parlimen Petra Jaya mempunyai 58,009 pemilih berdaftar dan terdapat tiga Dewan Undangan Negeri iaitu Dun Satok, Dun Samariang dan Dun Tupong. –Sarawakvoice

Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Ir Dr Nor Irwan Ahmat Nor

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13531

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8153

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news