Balai Polis Matang bernilai RM24 juta bakal dibina 0 5686

KUCHING: Balai polis Matang bakal dibina tidak lama lagi, kata Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan, Deputi Superintenden Merbin Lisa.

Menurut beliau, projek tersebut sudah diluluskan dengan peruntukan sebanyak RM24 juta.

“Sekarang, ia masih dalam proses kelulusan tender bagi memastikan pemaju yang berkelayakan dan berkemampuan untuk melaksanakan projek ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sempena Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Padawan daripada Inspektor Mansur Rahman kepada ASP Joshua Masing Lugoh, yang disaksikan oleh Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/ Perundangan) Kontinjen Sarawak, Dennis Leong Soon Kuai di Ibu Pejabat Polis Daerah Padawan (IPD) dekat sini, hari ini.

Menjelas lanjut, Merbin berkata apabila siapnya balai polis tersebut yang dijangka mengambil tempoh pembinaan selama dua tahun di tapak seluas 1.7 hektar, ia akan menyediakan perkhidmatan 24 jam kepada kawasan Matang.

Bagaimanapun, katanya kekuatan anggota yang akan ditempatkan di balai polis itu dijangka dikurangkan daripada yang ditetapkan sebelum ini.

“Kekuatan asal yang ditetapkan di balai polis Matang ini adalah seramai 160 anggota tetapi kemungkinan dikurangkan kepada kurang 100 anggota.

“Namun, kami masih dalam perbincangan untuk menentukan berapa jumlah anggota yang diperlukan di balai baharu ini,” katanya.

Merbin berkata pada masa ini, kawasan Matang yang sedang pesat membangun hanya dilengkapi dengan sebuah pondok polis, yang beroperasi sehingga jam 5 petang sahaja dengan kekuatan lima orang anggota. -Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13190

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8104

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news