Bandar Sri Aman kini dinamakan sebagai Bandar Simanggang 0 6235

SRI AMAN: Bandar Sri Aman kini diisytiharkan sebagai Bandar Simanggang selepas mesyuarat Kabinet Sarawak bersetuju mengenai pertukaran nama bandar tersebut.

Perkara itu diumumkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ketika berucap pada majlis perasmian Pesta Benak di Tebingan Sri Aman di sini hari ini.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas mempertimbangkan suara rakyat Sri Aman mengenai cadangan nama Simanggang tersebut.

“Simanggang mempunyai sejarahnya, kita telah bermesyuarat di peringkat Kabinet Negeri untuk mencari jalan bagaimana hendak mengekalkan nama Simanggang ini.

“Akhirnya kita telah bersetuju bahawa bandar ini dinamakan sebagai Bandar Simanggang manakala bahagiannya kekal dengan nama Sri Aman,” jelasnya.

Mengenai pembangunan di Sri Aman, Abang Johari berkata, kerajaan negeri mempunyai hala tuju untuk membangunkan bahagian tersebut termasuk yang sedang dirancang dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Malah, jelasnya, kerajaan Sarawak juga sedang giat melaksanakan pembinaan Jalan Utama Kedua dan Jalan Pesisir yang bakal menjadikan Sri Aman sebagai kawasan strategik.

“Kalau dahulu Sri Aman hanya dikatakan kawasan yang hanya dilalui sahaja tetapi dengan adanya pembinaan jalan-jalan ini termasuk Lebuhraya Pan Borneo, Sri Aman ini akan mempunyai akses yang baik dan menjadi pusat tumpuan ramai.

“Banyak lagi program perancangan yang kita telah cadangkan untuk Sri Aman dalam RMK-12 nanti (2021-2025),” tegasnya.

Selain itu, beliau turut mengumumkan berita gembira untuk penduduk Sri Aman bahawa kerajaan Sarawak merancang untuk membina dewan suarah baharu di kawasan tersebut.

Sehubungan itu, beliau berharap rakyat Sarawak terutamanya penduduk Sri Aman memperkukuhkan perpaduan antara satu sama lain dan mendukung apa jua usaha kerajaan negeri dalam memajukan negeri ini.

“Seperti yang dikatakan Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem hanya orang Sarawak sahaja yang dapat jaga Sarawak. Orang lain (luar) tidak tahu cara hidup orang Sarawak, jadi bagaimana mereka hendak mentadbir negeri ini.

“Dalam hal ini hanya Gabungan Parti Sarawak (GPS) sahaja yang dapat kerana kepentingan kita adalah rakyat Sarawak seperti menjaga rumah kita sendiri, orang lain hanya datang sekejap untuk memecah belah perpaduan kita dan selepas itu mereka balik,” tegasnya.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sru Sim Kui Hian, Penasihat Penyelidikan – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12986

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12467

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news