Baru Bian akan pantau sendiri projek Pan Borneo 0 5625

MIRI: Menteri Kerja Raya Baru Bian akan meninjau dan memantau sendiri pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo untuk memastikan projek kerajaan persekutuan bernilai RM32.19 bilion itu terlaksana dengan jayanya.

Berucap merasmikan sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Baram di sini malam tadi, Baru berkata, projek mega itu tetap diteruskan dan akan dipantau dengan rapi dengan melakukan penjelajahan di sepanjang 2,333 kilometer di Sabah dan Sarawak. Di Sarawak, projek melibatkan jarak 1,089km dari Telok Melano Sematan ke Lawas dengan peruntukan RM14.2 bilion.

“Di Sarawak kita mempunyai kemudahan jalan raya yang masih jauh ketinggalan. Pan Borneo yang dirancang dan dibuat oleh kerajaan yang lepas  (Barisan Nasional – BN) akan kita teruskan dan akan kita pantau dengan rapi.

Sebagai anak Sarawak, saya akan memastikan jalan tersebut dibina dengan sempurna. Saya juga telah merancang untuk memantau sendiri pembinaan jalan tersebut,” jelasnya.

Baru yang juga Ahli Parlimen Selangau dan ADUN Bakelalan berkata Kementerian Kerja Raya merancang melakukan jelajah FT-Roadpedia Sarawakdan Sabah bermula bulan depan.

Jelajah jerayawara di Sabah akan bermula 2 hingga 4 September sementara di Sarawak bermula 27 hingga29 September. Baru berkata, selain memantau, jelajah adalah untuk membolehkan beliau dan pihak kementerian melihat sendiri kemajuan pembinaan projek itu.

“Hasrat kerajaan PH (Pakatan Harapan) untuk menambah baik sistem perhubungan jalan raya akan ditingkatkan. Walaupun dalam keadaan kekurangan peruntukan, namun perancangan-perancangan pembangunanakan terus dipergiatkan, ” jelasnya.

Beliau percaya, di bawah kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan berjaya mengatasi kekangan kewangan peninggalan kerajaan terdahulu. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13015

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8072

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news