Baru Bian puji umat Islam, Kristian bersatu menentang ancaman, hinaan di media sosial 0 5641

KUCHING: “Sekarang masanya bagi semua pemimpin daripada pelbagai agama bersuara dan berdiri bersama bagi melindungi dan memelihara kepelbagaian kaum dan agama di Sarawak…,” kata Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak Baru Bian yang juga seorang peguam.

Baru ketika mengulas beberapa kenyataan di laman sosial Facebook yang menggugat keselamatannya berkaitan tindakannya menjadi peguam kepada empat individu dalam isu murtad di mahkamah Kuching, bagaimanapun memuji ramai individu kedua-dua agama bersatu menentang ancaman dan hinaan yang berlegar di media sosial berkaitan isu ini.

Dalam kenyataannya seperti disiarkan Utusan Borneo, Baru berkata di Sarawak kebebasan agama dipertahankan bagi membolehkan kita hidup dalam keharmonian kaum dan agama.

Baru yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba’Kelalan turut menafikan tuduhan segelintir pihak yang menuduhnya mewakili empat individu yang mahu mendapat pengiktirafan murtad di Mahkamah Persekutuan secara percuma kerana mempunyai agenda tertentu.

Menurut Baru sebagai peguam, beliau menerima yuran profesional dan yuran mahkamah dengan kapasiti beliau sebagai peguam.

Baru berkata, seandainya beliau mempunyai agenda tertentu, maka pihak berkuasa seharusnya mengambil tindakan terhadapnya.

Bagi Baru, sebagai peguam menjadi tanggungjawabnya melindungi hak anak guam berdasarkan peruntukan undang-undang. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13434

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8133

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news