Seorang pemandu lori cedera terlibat kemalangam antara 2 buah lori di Jalan Sibu-Bintulu 0 5802

BINTULU: Dua buah lori tangki yang membawa muatan minyak kelapa sawit terlibat dalam nahas di Jalan Sibu-Bintulu awal pagi tadi, mengakibatkan seorang daripada pemandunya cedera pada kedua-dua belah kaki.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 5.47 pagi yang memaklumkan kemalangan itu yang berlaku berhampiran SMK Balingian.

“Sebuah jentera FRT dan sebuah ambulans EMRS dengan kekuatan sembilan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu kemudian dikejarkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, pasukan mendapati sebuah daripada lori tangki tersebut remuk pada bahagian kepala lorinya akibat merempuh belakang sebuah lagi lori tangki yang berada di hadapannya.

Ketika kejadian, kedua-dua lori tangki tersebut dalam perjalanan ke Bintulu.

“Dengan menggunakan ‘hydraulic rescue tool’, kita berjaya mengeluarkan lelaki malang tersebut dari bahagian duduk pemandu.

“Mangsa yang masih sedar kemudian diserahkan kepada pihak paramedik untuk tindakan selanjutnya.

Operasi kata Ling Hii, tamat sekitar jam 7.20 pagi. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13849

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8168

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news