Bayi mati tersedak susu di pusat jagaan 0 5559

Seorang bayi lelaki berusia empat bulan meninggal dunia akibat dipercayai tersedak susu ketika berada di sebuah pusat asuhan kanak-kanak di Kompleks Masjid Al-Azim, di Melaka hari ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Afzanizar Ahmad berkata pihak Hospital Melaka menerima mangsa, Yusof Al-Baihakki Zainal Abidin, dalam keadaan tidak sedarkan diri pada jam 12.05 tengah hari dan disahkan meninggal dunia 30 minit kemudian.

“Siasatan awal polis mendapati pada jam 8.30 pagi, pengasuh telah memberi susu yang dibekalkan oleh ibu bayi tersebut dan tidur, namun bayi itu tidak sedarkan diri ketika dikejutkan oleh pengasuh kira-kira pada jam 11.45 pagi,” katanya kepada pemberita.

Katanya, pengasuh kemudianya membawa bayi tersebut ke hospital dan menghubungi ibu bayi tersebut.

Beliau berkata hasil pemeriksaan tiada kesan lebam atau kecederaan pada badan bayi dan pihak polis menjalankan siasatan di bawah Laporan Mati Mengejut sebelum siasatan lanjut dilakukan apabila menerima hasil laporan bedah siasat nanti,” katanya.

Sementara itu, bapa kepada bayi malang itu, Zainal Abidin Deraman, 34 berkata, anak keduanya itu telah dibawa oleh pengasuh ke hospital dan beliau mengetahui kejadian tersebut darinya isterinya, Roslina Ismail, 34, sebelum bergegas ke hospital.

Zainal Abidin, seorang anggota polis di Ibu Pejabat Polus Daerah (IPD) Melaka Tengah, berkata beliau sendiri telah menghantar anaknya ke pusat asuhan itu dalam keadaan sihat kira-kira jam 7 pagi tadi sebelum ke tempat kerja.

Katanya, anak kedua itu baru enam hari dihantar ke pusat asuhan dan sebelum ini dijaga oleh emak mertuanya di Kota Bharu, Kelantan.

“Bapa mana tidak sedih memadangkan anak sendiri…kami terpaksa menunggu hampir lapan tahun untuk mendapat anak kedua,” katanya dengan nada sebak.

Beliau bagimanapun redha dengan pemergian anaknya itu dan tidak menyalahkan mana-mana pihak dalam perkara tersebut sebaliknya menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk membuat siasatan.

Katanya, jenazah anaknya itu akan dibawa ke Kota Bharu untuk dikebumikan selepas selesai proses bedah siasat.

Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13719

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8164

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news