Beg tangan, pakaian, hadiah dirampas di kediaman Najib 0 5558

Polis merampas beberapa beg tangan dan hadiah dalam operasi yang dijalankan di rumah bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur.

Menurut peguam Najib, Harpal Singh Grewal, tiada dokumen dirampas.”Hanya barang milik peribadi, beberapa beg tangan dan hadiah,” katanya kepada pemberita yang menunggu di luar kediaman Najib sejak hampir enam jam lepas (ketika berita ini ditulis).

Jelas Harpal, kesemua barang yang dirampas adalah tiga atau empat kotak barang milik peribadi.Tambahnya, operasi penggeledahan itu mengambil masa kerana keluasan kediaman itu selain polis memeriksa setiap bilik.

Meskipun polis tidak menyatakan di bawah seksyen mana Najib disiasat, peguam Najib itu percaya ia mungkin ada kaitan dengan pengubahan wang.

“Najib dan keluarganya memberi kerjasama kepada mereka (polis) dan mereka (polis) bertindak secara profesional. Kita percaya siasatan itu adalah di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram,” katanya.

Kata Harpal, polis tidak memaklumkan bila Najib mungkin akan dipanggil untuk disoal.

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15340

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8410

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news