Belanjawan 2019 mengecewakan, khasnya kepada peribumi Sarawak 0 6430

KUCHING: Belanjawan 2019, belanjawan pertama oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Geng semalam sangat mengecewakan khasnya penduduk peribumi Sarawak.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, beliau perlu membaca dengan lebih terperinci belanjawan yang dibentangkan kerana tidak mendengar sebarang perkara berkaitan peribumi Sarawak atau khusus untuk para petaninya.

“Tiada yang berkaitan dengan penyukatan tanah, kita juga tidak tahu dan mereka tidak menyebut apa-apa berkaitan dengan subsidi getah, lada.“Saya tidak tahu mengapa (bajet) tidak begitu jelas,” katanya yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah.

Uggah berkata, kedua-dua Belanjawan 2018 dan 2019 perlu dibandingkan untuk gambaran yang lebih jelas.Uggah menekankan beliau kecewa dengan peruntukan umum kepada Sarawak walaupun Guan Eng berkata jumlah yang diperuntukan untuk Sarawak akan dinaikkan kepada RM4,346 juta pada 2019 berbanding dengan RM4,336 juta pada 2018.

“Kami sangat kecewa tidak ada arahan jelas mengenai program sokongan selain jaringan keselamatan sosial untuk getah. Selain itu, tidak ada program yang jelas, subsidi untuk tanaman lain (seperti getah,lada, kelapa sawit dan lain-lain) melainkan kita tidak melihatnya, “ katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing berkata, tiada isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan hasil minyak dan gas Petronas disebut dalam Belanjawan 2019 yang dibentangkan semalam.

Masing berkata, Guan Eng ternyata senyap sahaja dalam pembentangannya mengenai isu yang amat penting kepada Sarawak itu.

“MA63 dan hasil minyak dan gas Petronas kepada kita tidak disebut sama sekali. Lim Guan Eng senyap sahaja mengenai isu penting yang memberi impak kepada Sarawak.

“Apa yang menarik perhatian saya adalah peruntukan RM4 bilion adakah ia peruntukan adil di mana kita perlu ingat bahawa kerajaan persekutuan mendapat pendapatan besar daripada hasil minyak dan gas,” katanya.

Maka itu, Masing mempersoalkan adakah peruntukan RM4 bilion itu adalah jumlah wajar kepada Sarawak dengan mengambil kira manifesto PH yang dijanjikan pada Pilihan Raya Umum (PRU14).

Sarawak kata Masing, sepatutnya mendapat jumlah yang besar seperti mana yang dijanjikan oleh PH.

“Adakah RM4 bilion dan RM5 bilion masing-masing kepada Sarawak dan Sabah jumlah yang saksama? Saya berasakan ia tidak adil dan Sarawak sepatutnya berhak mendapat lebih banyak,” katanya.

Mengulas perkara sama, Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Seri Fadillah Yusof berterima kasih kepada kerajaan pusat kerana meneruskan Projek Lebuh Raya Pan Borneo di Sarawak dan Sabah dalam Bajet 2019 yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam, namun berharap kajian rasionalisasi kos yang dibuat tidak akan mengkompromi soal kualiti dan keselesaan pengguna dalam pelaksanaan projek berkenaan.

“Ini kerana tadbir urus yang telah ditetapkan dalam pelaksanaan projek Pan Borneo Sarawak dan Sabah telah tersedia dan dipatuhi, bagi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar.

“Projek Pan Borneo adalah ‘game changer’ bagi rakyat di kedua-dua negeri berkenaan dan ia perlu diteruskan seperti dirancang demi kemudahan serta keselesaan rakyat.

“Bagi projek pembinaan dan penaiktarafan infrastruktur air, elektrik dan jalan raya, kemudahan kesihatan dan pendidikan, kita berharap keutamaan akan diberikan kepada kawasan yang benar-benar memerlukan terutama di kawasan luar bandar,” katanya.

Selain itu bagi projek membina semula dan membaik pulih sekolah daif, Menteri Kewangan dalam Belanjawan 2019 telah mengumumkan sejumlah RM100 juta diperuntukkan bagi pembinaan sekolah daif di seluruh negara.

Katanya kerajaan sebelumnya telah mengumumkan RM2.5 bilion untuk baik pulih sekolah daif bagi tempoh dua tahuniaitu 2018 dan 2019, yang mana RM500 juta bagi Semenanjung dan masing-masing RM1 bilion bagi Sabah dan Sarawak.

“Ini bermakna ada RM500 juta untuk Sarawak pada 2018 dan RM500 juta lagi pada 2019, begitu juga Sabah. Kita akan meminta penjelasan sama ada peruntukan RM500 juta untuk Sarawak 2019 itu masih ada atau tidak?” kata Ahli Parlimen Petra Jaya itu. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13925

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13084

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news