Bilangan cabutan khas nombor ramalan akan dikurangkan 0 5688

KUALA LUMPUR – Kerajaan bercadang mahu mengurangkan jumlah cabutan khas ke atas semua syarikat nombor ramalan di negara ini pada tahun hadapan menerusi Bajet 2019 yang akan dibentang pada November depan.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, pengurangan jumlah cabutan khas tersebut adalah langkah awal kerajaan untuk mengurangkan bilangan hari perjudian agar ia tidak mendatangkan masalah sosial seperti ketagihan judi yang melampau.

Beliau berkata, pengurangan bilangan cabutan khas itu melibatkan semua syarikat nombor ramalan seperti Magnum, Sport Toto, Da Ma Cai, Pan Malaysian Pool, Sarawak Turf Club dan Sandakan Turf Club seperti agar tidak menambah bebanan masyarakat.

“Dasar baru bagi mengurangkan bilangan cabutan khas akan diumumkan dalam Bajet 2019 pada 2 November depan. Untuk tahun ini sebanyak 22 kali cabutan khas diluluskan dan diadakan pada tarikh yang serentak di seluruh negara.

“Cabutan khas diluluskan kerajaan sebagai tambahan kepada cabutan biasa bagi mendapatkan sumber kewangan untuk tujuan yang dipersetujui,” katanya pada persidangan di Dewan Rakyat di sini pagi tadi. – K! ONLINE

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15398

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8418

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news