Lagi dadah kurier, suami isteri dari Jalan Bako bakal hadapi hukuman gantung jika sabit kesalahan mengedar 0 5706

KUCHING: Sepasang suami isteri yang masing-masing berusia 26 dan 24 tahun berhadapan tali gantung selepas disyaki terlibat dalam aktiviti memiliki dan mengedar dadah di sini.

Ketua Siasatan Jenayah Narkotik Negeri, Superintendan Sahar Abdul Latif berkata, kedua-duanya dicekup dalam satu serbuan di rumah tidak bernombor di Jalan Bako pada jam 9 malam, 12 Februari lalu.

“Ketika serbuan, pemeriksaan badan kedua-dua suspek dan di rumah tiada menemui barang salah.

“Bagaimanapun apabila pemeriksaan pada kenderaan dilakukan, pasukan serbuan berjaya menjumpai lapan paket plastik lut sinar berisi ketulan mampat dedaun kering disyaki dadah jenis ganja yang disembunyikan di bawah ‘dashboard’ kereta.

Kedua-dua saspek katanya, kemudian ditahan di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Berat kasar dadah yang dijumpai adalah sekitar 83gram.

Kata Sahar, soal siasat lanjut terhadap saspek lelaki kemudian telah mendedahkan satu transaksi menggunakan perkhidmatan kurier dari Semenanjung yang diposkan ke sebuah syarikat perkhidmatan kurier di bandar raya ini.

“Pada jam 9 pagi, 14 Februari lalu, suspek telah menunjuk arah pasukan siasatan jenayah narkotik negeri ke syarikat kurier berkenaan sebelum mendapatkan satu bungkusan seperti yang didedahkan oleh saspek sebelumnya.

“Pemeriksaan lanjut pada bungkusan tersebut kemudian mendapati ia mengandungi satu ketulan mampat dedaun kering disyaki dadah jenis ganja dengan berat kasar 600 gram.

Suspek kemudian ditahan lanjut bagi membolehkan siasatan dilakukan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Keseluruhan dadah yang dirampas dianggarkan bernilai RM9,700.

Kedua-dua suspek bagaimanapun tidak memiliki kesalahan lampau.–Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 14929

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8362

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news