Budak kelapan selamat keluar dari gua Thailand 0 3163

GLOBAL | Remaja kelapan berjaya dibawa keluar dari gua di Chiang Rai, di utara Thailand, di mana pasukan bola itu bersama jurulatihnya terperangkap lebih dua minggu, lapor media antarabangsa.

Kejadian berlaku selepas hujan lebat mengakibatkan laluan masuk ke gua itu ditenggelami air.

Sumber di tapak gua memberitahu akhbar The Guardian remaja kelima keluar kira-kira jam 5 petang tadi waktu Thai. Beberapa minit kemudian, sebuah ambulan dilihat keluar melintasi pusat media beberapa kilometer dari pintu masuk gua berkenaan. Ia kemudian diikuti sebuah helikopter terbang di ruang udara.

Sekitar jam 6 petang tadi, remaja keenam di angkat keluar dari gua dan dirawat di hospital lapangan, kata sumber, petik The Guardian.

Kira-kira jam 7 malam tadi remaja ketujuh keluar. Tidak lama kemudian, remaja kelapan menyusul keluar dari gua.

Semalam empat remaja berjaya keluar

Pihak berkuasa operasi menyelamat mengesahkan para penyelam memasuki gua Tham Luang Nang Non pada jam sebelas pagi tadi waktu Thai.

“Pada jam 11 pagi kami menghantar pasukan penyelamat kedua,” kata Narongsak Osatanakorn, ketua penyelaras operasi bersepadu itu, petik The Guardian lagi.

Semalam, kumpulan pertama empat remaja lelaki yang berjaya dibawa keluar dari gua Tham Luang dalam satu operasi menyelamat pada Ahad dilaporkan berada dalam keadaan sihat manakala satu pemeriksaan menyeluruh sedang dirancang untuk mereka semua, lapor Agensi Berita Thailand (TNA) memetik kenyataan Menteri Kesihatan Awam, Piyasakol Sakolsatayadorn.

Dilaporkan, mereka kini dirawat di bilik steril berasingan di Hospital Chiangrai Prachanukroh.

Satu pasukan yang mengumpulkan 13 pakar penyelam gua dari Amerika Syarikat, Australia, China dan Eropah sedang membantu lima anggota tentera laut Thai dalam misi membawa keluar 12 orang remaja dan jurulatihnya melalui laluan gua Tham Luang yang dibanjiri air dan sempit itu.

Tiga hari lalu, penyelam bekas anggota tentera laut Thailand, Saman Gunan meninggal dunia dalam perjalanan keluar dari gua itu selepas menghantar bekalan tong oksigen kepada mangsa yang terperangkap menjadikan operasi menyelamat ini berisiko tinggi. – Malaysiakini

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13516

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8151

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news