Calon BN Sibu bekerja keras untuk rampas balik kerusi daripada DAP 0 5770

SIBU:  Menyedari Sibu bukan mudah untuk dirampas balik, calon Barisan Nasional (BN) Dato Andrew Wong Kee Yew  kelihatan bekerja keras sejak selepas penamaan calon pada Sabtu untuk bertemu dengan sebanyak mungkin pengundi dan rakyat di Parlimen terbabit.

Anak Presiden UP, Datuk Seri Wong Soon Koh itu berdepan pertandingan empat penjuru dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Beliau berdepan calon DAP Oscar Ling, Jamie Tiew Yew Huong  dari Sarawak Peace Party (PEACE), dan Simon Tiong Ing Tung of State Reform Party Sarawak (STAR).

Penganalisis politik berkata, pertandingan sebenar adalah antara  BN dengan DAP.

Malah, kehadiran dua lagi calon lain disifatkan sebagai merugikan DAP.

Sibu merupakan satu daripada tiga kerusi yang menjadi sasaran BN untuk dirampas kembali daripada pembangkang.

BN meletakkan keyakinan atas justifikasi bahawa  pola pengundian di dua kerusi Dewan Undangan Negeri – Nangka dan Bawang Assan – di bawah Parlimen Sibu memihak kepada BN dalam pilihan raya negeri Mei 2016.

Bagi memenangi hati pengundi, Andrew cuba ‘menjual’ Rancangan Sibu 1 (RS1) yang melakarkan pembangunan yang diimpikan untuk Sibu dalam beberapa tahun mendatang.

“Janji yang terkandung dalam RS1 akan dikotakan. Harap generasi muda dapat melihat kepentingan RS1, dan kembali  menyokong BN,” katanya kepada pemberita ketika mengadakan kunjungan ke pasar basah Rejang Park pada Ahad.

Kawasan berkenaan disifatkannya sebagai ‘hitam’ kerana pasda PRU-13 pengundi banyak menyokong DAP.

Menurut laman web milik Andrew, RS1  merupakan rancangan pembangunan lima tahun untuk bandar Sibu yang bertujuan untuk menggubal pelan induk pembangunan dari 2018-2022.

RS1  akan memastikan bandar Sibu dan penduduknya memahami dan mengongsi  wawasan untuk pembangunan masa depan bandar Sibu. — Sarawakvoice

Foto Rejang Sibu

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15428

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8422

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news