Croatia buat kejutan, malukan Argentina 3-0 0 5501

PEMAIN Croatia, Luka Modric ketika menjaringkan gol kedua pasukanya ketika menentang Argentina. – Foto AFP

NIZHNY NOVGOROD, Russia: Croatia menghadiahkan Argentina kekalahan 3-0 seterusnya menempah tempat ke pusingan kalah mati Piala Dunia hasil jaringan Ante Rebic, Luka Modric dan Ivan Rakitic dalam saingan Kumpulan D sebentar tadi.

Rebic membuka jaringan hasil kesilapan penjaga gol Willy Caballero untuk memberikan kelebihan buat pasukan dari Balkan itu sebelum rembatan deras dari luar kotak penalti oleh kapten, Modric 10 minit sebelum tamat menambah selesa pasukan itu.

Jaringan Rakitic pada tambahan masa mengesahkan kemenangan mereka.

Juara dua kali, Argentina berdepan kesukaran untuk mara ke kelompok 16 terakhir walaupun dengan kehadiran Lionel Messi selepas hanya mengumpul satu mata daripada dua perlawanan.

Croatia mendahului kumpulan dengan enam mata.

Derita Argentina bermula dengan Caballero menerima ke hantaran belakang dan memberikannya kepada Rebic yang kemudiannya meledak voli pada minit ke-53. – REUTERS

 

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13516

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8151

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news