KUCHING: Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dato Idris Buang menafikan pertemuan antara bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi dan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berhubung hasrat Ketua Menteri untuk membentuk Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan meninggalkan Barisan Nasional (BN).
Video yang menjadi viral kononnya menggambarkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu memberi ucapan kepada khalayak yang tidak dikenali. Dalam rakaman itu beliau didakwa menyebut mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berhubung hasratnya untuk membentuk GPS dan meninggalkan BN.
“Dengan ini saya menyatakan bahawa Presiden YAB dan pihak kami secara mutlak menafikan berlakunya mana-mana mesyuarat atau perbincangan sedemikian. Tiada mesyuarat sedemikian. Tiada perbincangan sedemikian,” kata Idris yang juga ADUN Muara Tuang dalam kenyataan akhbar hari ini.