IPU DI SARAWAK BERADA DALAM KATEGORI SEDERHANA SETAKAT 11 PAGI 0 6121

KUCHING, 16 Ogos : Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Sarawak secara keseluruhannya berada dalam kategori sederhana setakat 11 pagi ini.

Stesen Pengawasan Udara Automatik yang terletak di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri mencatat penurunan bacaan IPU iaitu dari IPU 92 pada 9 pagi kepada IPU 91 ketika ini yang diklasifikasikan pada tahap sederhana.

Menurut data yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU di SK Kuala Baram 2 menunjukkan sedikit peningkatan dan turut berada dalam kategori sederhana iaitu daripada bacaan 63 pada 9 pagi kepada bacaan 64 pada 11 pagi.

Seterusnya, keadaan jerebu di Sri Aman juga berada dalam keadaan sederhana dengan bacaan IPU 60. Bacaan IPU di Sibu, Miri dan Kuching pula kekal pada kategori sederhana dengan masing-masing pada bacaan IPU 59, 59 dan 76.

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 0-50 menunjukkan kualiti udara sihat; 51-100, sederhana; 101-200, tidak sihat; 201-300, sangat tidak sihat dan melebihi 300, berbahaya.

Orang awam boleh merujuk laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) di alamat http://apims.doe.gov.my/v2/ atau dengan memuat turun aplikasi telefon pintar, MyIPU di ‘Google Play’ bagi mendapatkan bacaan IPU terkini pada setiap jam. – Frondesk.com

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13856

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13025

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news