DAP Sarawak tetap lawan GPS dalam pilihan raya negeri 0 3153

Kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Yang di-Pertua Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud tidak disiasat atas dakwaan rasuah kerana tiada laporan ke atasnya telah meletakkan DAP Sarawak dalam keadaan sukar.

Ini kerana Taib merupakan subjek utama dalam penentangan mereka terhadap BN negeri itu.

Bagi Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen, mereka tetap akan berkempen menentang Gabungan Parti Sarawak (GPS) – gabungan baru untuk bekas parti komponen BN – pada pilihan raya negeri (PRN) memandangkan ia bukan anggota Pakatan Harapan (HARAPAN).

“Pada masa ini GPS bukan dalam HARAPAN, mereka hanya BN 2.0. Maka kita pasti akan melawan mereka (dalam PRN akan datang).

“Untuk tiga tahun seterusnya, undi rakyat Sarawak bergantung kepada pencapaian kerajaan pusat. Kita patut lebih tumpu dalam soal melaksanakan janji-janji kita (berbanding soal GPS),” katanya kepada pemberita selepas majlis jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) DAP di Kuala Lumpur, semalam.

Ditanya sama ada beliau bimbang DAP Sarawak tidak lagi mempunyai kuasa seperti dulu, Chong berkata jika HARAPAN menunjukkan pencapaian yang baik, ia akan memberi keyakinan kepada rakyat negeri untuk menyokong gabungan itu pada PRN akan datang.

Sarawak perlu menjalankan PRN paling lewat pada 2021.

“Maka GPS – selaku BN 2.0 – akan berdepan kesukaran untuk mempertahankan kuasa mereka,” katanya yang juga timbalan menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna.

Berhubung pelantikannya ke jawatan itu walaupun sebelum ini dijanjikan kedudukan menteri penuh, Chong berkata beliau tidak terlalu memikirkan soal keuntungan peribadi.

Difahamkan CEC akan membuat resolusi berhubung pendirian parti dalam soal Chong dan Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming tidak dipilih sebagai menteri penuh, seperti yang dijanjikan setiausaha agung Lim Guan Eng sebelum PRU ke-14.

Ketika ditemui, Lim enggan mengulas perihal resolusi itu. – Malaysiakini

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 12746

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 7978

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news