Kalau ada rezeki, kita nak Najib jadi Perdana Menteri lagi- Ellie Suriaty 0 3686

Pelakon Ellie Suriaty semalam, hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi memberi sokongan kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berdepan dengan tuduhan pecah amanah dan salahguna kuasa. 

Ellie bersama kira-kira 50 orang penyokong Najib yang menunggu di perkarangan mahkamah sehingga mencetuskan kekecohan yang tidak sepatutnya berlaku sebelum dileraikan oleh pihak polis. 

Dalam kenyataan kepada mStar Online, Ellie menegaskan bahawa dia mempunyai hak untuk memilih parti politik selain bebas menyokong mana-mana pemimpin. Malah, dia tidak kisah dengan persepsi netizen terhadap tindakannya itu. 

“Kita berada dalam negara demokrasi. Saya berhak untuk memilih parti politik dan berhak untuk menyuarakan pandangan. 

“Kalau netizen nak cakap negatif, itu pandangan mereka. Terpulang kepada mereka dan saya tak boleh nak kata apa. 

“Saya anak seni dan kerjaya saya tak terikat dengan kerajaan. Malah, saya juga terima diri sebagai pembangkang. 

“Saya datang untuk memberi sokongan moral kepada perdana menteri keenam yang pernah mentadbir negara supaya beliau tahu yang masih ada ramai lagi rakyat Malaysia menghargai kepimpinan dia,” katanya. 

Mengulas mengenai penahanan Najib, Ellie mengkritik tindakan SPRM itu tidak beretika dan tidak menghormati Najib yang pernah menjadi pemimpin negara. 

“Tidak adil untuk dilayan sebegitu. Malah, dituduh dan difitnah dengan perkara yang dah terang-terangan salah. Saya berharap beliau dibicarakan secara adil,” katanya. 

Dalam laporan MalaysiaKini pula, Ellie memuji kepimpinan Najib yang disifatkannya sebagai pemimpin terbaik dalam membawa negara ke peringkat tertinggi. 

Dalam nada sebak dia berkata, sepanjang Najib menjawat jawatan nombor satu itu, beliau sentiasa menjaga kebajikan bangsa Melayu dan agama Islam termasuk suka menderma tanpa menunjuk-nunjuk kepada semua orang. 

“Kalau ada rezeki, kita nak dia jadi perdana menteri kita lagi kerana kecemerlangan dia dalam kepimpinan tak ada tolok bandingnya. Setiap perdana menteri ada keistimewaan masing-masing tapi dia ada keistimewaan yang sangat berjiwa rakyat dan itu samalah dengan sikap bapa dia. 

“Selalu pun kalau dalam apa-apa bidang kita tak dapat acuan, ayah, anak. Sekali-sekala kita akan dapat acuan itu dan acuan itu dalam Tun Razak,” katanya. 

Menurut Ellie, sebelum ini dia pernah berjumpa dengan Najib di satu majlis di mana dia dapat mengenali Najib dengan lebih dekat. Namun dengan apa yang berlaku hari ini membuatkan Ellie berasa sebak. 

“Bagi saya, kenapa layan pemimpin yang bagus macam tu. Saya pernah jumpa dia pada satu majlis mengenang budi, saya nak lihat dia dari dekat. Saya tak percaya orang boleh buat dia macam tu. 

“Saya rasa pemerintahan sekarang paranoid sebab saya nak tahu benar-benar sistem demokrasi berjalan sekarang sebab saya rasa sangat teruk dan adakah rule of law akan dipraktikkan seperti sebelum ini,” katanya. 

Sementara itu di media sosial, netizen berpandangan Ellie bukan sahaja buta mata, tetapi buta hati. Ini kerana kata netizen, tiada pernah dalam sejarah Perdana Menteri Malaysia yang dikaitkan dengan begitu banyak skandal. – The Reporter

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15108

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8380

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news