David de Gea cedera  0 5725

STOCKHOLM: David de Gea terpaksa dipinggirkan susulan kecederaan ketika perlawanan Kelayakan Euro 2020 yang menyaksikan Sepanyol seri 1-1 menentang Sweden sekali gus memberi tamparan hebat kepada Manchester United yang akan bertemu Liverpool pada saingan Liga Perdana Inggeris, hujung minggu ini.

Penjaga gol, De Gea, menyelamatkan beberapa cubaan di Arena Friends pada awal pagi ini termasuk menghalang cubaan bertalu-talu sebelum Marcus Berg menjaringkan gol pembukaan buat tuan rumah pada minit ke-50.

Tetapi pemain berumur 28 tahun itu dilihat mengalami kesakitan di tulang pinggulnya yang menyebabkan tidak selesa dan digantikan.

Penjaga gol Chelsea, Kepa Arrizabalaga melakukan pemanasan badan ketika rehat babak pertama dan De Gea akhirnya dikeluarkan ketika permainan memasuki sejam.

De Gea sering disenaraikan Ole Gunnar Solskjaer pada musim ini, meskipun Sergio Romero kini diletakkan sebagai penjaga gol simpanan bagi United dalam menentang pendahulu Liga Perdana pada hujung minggu ini. – AGENSI

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12928

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12216

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news