Kren rempuh kedai serbaneka 24 jam di Kuching 0 6390

KUCHING: Pekerja sebuah kedai serbaneka 24 jam di Jalan Borneo, di sini berhadapan detik cemas apabila sebuah kren terbabas dan hampir merempuh masuk ke dalam premis.

Kejadian kira-kira pukul 3 petang tadi menyebabkan struktur luar premis di lot kedai empat tingkat berkenaan rosak dan dua tiang yang menyokongnya hampir patah.

Salah seorang pekerja premis berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Aminudin berkata beliau langsung tidak menyedari rempuhan kren berkenaan dan berada di kaunter menjalankan rutin kerjanya sewaktu kejadian.

“Tak perasan, lepas bunyi kuat baru saya nampak kren, nasib baik, kren itu langgar tiang di luar bangunan,” katanya ketika ditemui Bernama.

Seorang lagi pekerja Mohd Rizal Kamarul Jaman, 23 yang turut berada di tempat kejadian berkata pemandu kren berkenaan dilihatnya melompat keluar sebelum rempuhan berlaku.

Menurutnya, berdasarkan maklumat daripada pemandu kren berkenaan, enjin kenderaan berat berkenaan tiba-tiba mati sendiri sewaktu beliau sedang mengambil selekoh.

“Jadi dia kata dia terpaksa terjun keluar selepas tidak dapat mengawal lagi kenderaan itu disebabkan semua fungsinya tidak hidup.

“Dia juga katanya mahu elak dari melanggar kenderaan lain, sebab itu dia terus biarkan kenderaan melanggar bangunan,” katanya.

Kren berkenaan bagaimanapun berjaya dihidupkan kira-kira dua jam kemudian dan dialihkan sendiri pemandu berkenaan, katanya.

Pengurus premis berkenaan Norliana Anuar berkata pihaknya akan membuat laporan polis, esok.-BERNAMA

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12984

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12364

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news