Jalan ditutup sempena Sarawak Regatta 2019 0 6737

KUCHING: Beberapa jalan utama di sekitar Tebingan Sungai Kuching akan ditutup bagi memberi ruang kepada acara Sarawak Regatta 2019 yang akan berlangsung dari 26 Okt sehingga 3 Nov ini.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Awang Din Awang Gani berkata jalan utama yang ditutup itu adalah Jalan Main Bazaar dan Jalan Gambier, penutupan dan lencongan jalan sementara akan bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari.

“Orang awam yang ingin menghadiri dan menyaksikan majlis ini adalah dinasihatkan untuk meletakkan kenderaan di tempat letak kenderaan yang telah disediakan disepanjang kiri Jalan Tunku Abdul Rahman, Poliklinik Jalan Masjid dan Jalan Khoo Hun Yeang,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Selain itu, Awang Din berkata semua petak letak kenderaan di sepanjang Jalan Main Baazar menghala ke Jalan Tun Abang Haji Openg juga akan dikosongkan pada 3 Nov mulai pukul 6.30 pagi sehingga 4.00 petang.

“Orang awam dinasihatkan untuk memilih laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan, kenderaan dari arah Jalan Tunku Abdul Rahman dinasihatkan bergerak terus ke Jalan Ban Hock atau Jalan McDougall untuk mengelak kesesakan di lokasi penutupan Jalan Main Baazar.

“Kenderaan dari arah Jalan Haji Taha boleh membuat pusingan di bulatan masjid bahagian untuk mengelak kesesakan di lokasi penutupan Jalan Gambier,”katanya.

Orang awam adalah dinasihatkan untuk merancang masa perjalanan masing-masing pada hari itu sekiranya mempunyai urusan di kawasan pusat bandar dan patuhi tanda-tanda isyarat kawalan lalulintas yang diarahkan oleh pegawai polis yang bertugas.– BERNAMA

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12986

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12467

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news