Pemandu lori mengaku tidak bersalah bunuh dan rogol pembantu pendaftaran 0 8144

SIBU: Seorang pemandu lori didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan membunuh dan merogol seorang pembantu pendaftaran di Jabatan Pendaftaran Negara pada 2 Ogos lalu.

Philip Uja, didakwa membunuh dan juga didakwa merogol Nurnia Azalea Priscilla Edward, 26 antara pukul 8 malam pada 1 Ogos hingga 2.30 petang pada 2 Ogos dalam sebuah bilik di sebuah rumah tidakbernombor di Jalan Tiong Hua, di sini.

Tertuduh, didakwa mengikut Seksyen 302Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 376 (4) Kanun Keseksaan kerana merogol, masing-masing memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, bagi tuduhan merogol, dia juga boleh dikenakan hukuman penjara 15 tahun tetapi tidak lebih daripada 30 tahun serta sebatan tidak lebih daripada 10 sebatan rotan.

Philip yang memakai baju putih, mengaku tidak bersalah selepas dua pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Caroline Bee Majanil.

Caroline kemudian menetapkan 2 Oktober untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan penuh bedah siasat dan kimia.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Tajul Ariffin Musa manakala Philip tidak diwakili peguam.

Pada 2 Ogos lalu, mayat Nurnia Azalea ditemukan dengan tangan dan kakinya terikat ke belakang oleh rakan-rakannya di rumah sewanya di Jalan Tiong Hua pada pukul 2.30 petang, 2 Ogos.

Mereka pergi ke rumah sewanya selepas suami mangsa, 29, yang bekerja sebagai kerani di sebuah sekolah di Tatau meminta bantuan mencari dia selepas gagal menghubungi isterinya.

Keputusan bedah siasat menunjukkan bahawa mangsa mati akibat kecederaan di kepala akibat trauma kekerasan tumpul manakala tengkoraknya didapati retak dipercayai dihentak dengan benda tumpul selain terdapat kecederaan pada wajah dan lehernya. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13488

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8147

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news