Kaki sabung bertempiaran umpama ayam berak kapur di Sarikei selepas diserbu polis 0 5587

SARIKEI: Keghairahan sekumpulan lelaki menyaksikan aktiviti sabung ayam mengundang padah apabila mereka dicekup dalam satu serbuan polis di Jalan Kwong Min-Minah, dekat sini semalam.

Ketua Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Dev Kumar ketika dihubungi mengesahkan tangkapan 22 lelaki itu hasil serbuan pihaknya sekitar jam 3.30 petang.

Difahamkan, kebanyakan suspek yang berusia antara 30 hingga 70 tahun bertempiaran lari ketika diserbu, namun kecekapan dan ketangkasan pihak polis berjaya menangkap mereka.

Baki yang lain lari umpama ayam berak kapur ke dalam hutan berhampiran.

Menurut Dev, serbuan dikendalikan oleh anggota siasatan jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak yang diketuai Asisten Superintendan Rudy Garit.

“Sebelum itu, intipan awal kita mengesan lebih 60 individu leka dengan aktiviti sabung ayam di situ.

Pelbagai peralatan yang dipercayai digunakan untuk menjalankan aktiviti ini turut dirampas.

“Ini termasuk empat ekor ayam hidup dan dua ekor ayam mati, yang akan dijadikan barang kes.

Kes disiasat mengikut Seksyen 3 (1) Ordinan Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan 1962. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13543

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8153

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news