DNA menunjukkan Fitri pelaku kes bunuh Bill Kayong: pendakwa 0 3277

MIRI: Mahkamah Tinggi semalam diberitahu berdasarkan penemuan DNA pada sarung senapang dan topeng muka yang sepadan dengan DNA tertuduh pertama, Mohamad Fitri Pauzi, jelas menunjukkan bahawa Fitri adalah pelaku dalam kes bunuh Bill Kayong.

Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Nur Nisla Abdul Latif menegaskan demikian dalam penggulungan hujahnya pada akhirkes pembelaan Fitri yang dituduh membunuh aktivis sosial terbabit pada 21 Jun 2016.

Justeru, Nisla memohon kepada mahkamah agar menyabitkan tertuduh dengan kesalahan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan mengenakan hukuman yang setimpal terhadapnya.

Terdahulu, mahkamah menetapkan semalam untuk mendengar hujah akhir daripada kedua-dua pihak pendakwa dan peguambela tertuduh.

Setelah mendengar hujah terakhir daripada kedua-dua belah pihak, Hakim Ravinthran N. Paramaguru kemudian menetapkan 10 Ogos depan untuk membuat keputusan kes.

Manakala, tertuduh diperintahkan ditahan lanjut di Penjara Pusat Miri sementara menunggu tarikh tersebut.

Fitri, 30, dari Jalan Dawai 1 Pujut 4D di sini telah didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan pembunuhan hingga menyebabkan kematian Bill Kayong.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman mati mandatori.Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduhpada jam 8.20 pagi, 21 Jun 2016 di persimpangan lampu isyarat berhampiranpasar raya Emart, Jalan Kuala Baram Bypass di sini.

Sementara itu di dalam hujahannya, Nisla terlebih dahulu telah membuat hujah balas berhubung dua isu yang dibangkitkan pihak pembelaan pada sebutan kes yang lalu berkaitan senapang patah dan peluru dalam kes tersebut.

Beliau memberitahu pihak pembelaan langsung tidak mencabar keterangan saksi ke-25, Lau Lee Shen berhubung tarikh Fitri mengambil senapang patah yang disimpan di rumah Lau pada petang 30 Mei 2016 dan mengembalikannya semula kepada Lau pada awal pagi 31 Mei 2016.

Menurut beliau, tarikh itu dapat diingati oleh saksi dengan jelas kerana keesokannya (1 Jun 2016) merupakan sambutan perayaan Hari Gawai Dayak.

Selain itu katanya, berdasarkan penemuan DNA pada sarung senapang dan topeng muka yang sepadan dengan DNA Fitri, jelas menunjukkan bahawa Fitriyang merupakan tertuduh pertama merupakan pelaku (pembunuh) dalam kes ini.

Pada kes pembelaan itu, Fitri diwakili peguambela Ranbir Singh, Orlando Chua dan Arthur Lee. Hadir sama Majen Panyog selaku peguam pemerhati bagi keluarga Bill. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13505

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8150

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news