Dr M ikrar kembalikan kegemilangan pentadbiran negara 0 5594

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berikrar mengembalikan kegemilangan pentadbiran negara, yang menurutnya suatu ketika dulu pernah dianggap yang terbaik di kalangan negara Komanwel.

Dalam perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri, beliau menyuarakan kekecewaannya apabila pentadbiran negara “tidak lagi dipandang tinggi” negara lain.

“Saya kecewa kerana sebuah pentadbiran yang dahulu dikenali sebagai terbaik dalam (negara) Komanwel (kerana mampu) menjalankan tugas dengan baik dan melaksanakan segala program dengan berjaya, hari ini tidak lagi dihormati dan dipandang tinggi.

“(Maka) menjadi tugas kita semua untuk memulihkan keadaan ini supaya kembali menjadi sebuah negara yang ditadbir dengan baik dan berjaya,” katanya.

Ini merupakan perhimpunan bulanan pertama Mahathir sejak kembali sebagai perdana menteri.

Seperti yang diumumkan Mahathir sebelum ini, hadirin tidak lagi disambut dengan slogan “salam 1Malaysia” yang menjadi kelaziman pentadbiran BN.

Beliau turut membangkitkan kepentingan membersihkan salah laku pentadbiran terdahulu menurut undang-undang.

“Saya bersyukur kerana tiada banyak masalah berhubung kerjasama daripada pegawai sedia ada, tetapi kita harus ingat yang salah tetap salah.

“Sebarang perbuatan yang salah mesti diuruskan mengikut undang-undang,” katanya lagi.

Sebagai sebuah negara demokrasi, katanya lagi, aspek pemisahan kuasa antara eksekutif, legislatif dan kehakiman amat penting bagi memastikan salah urus tadbir tidak berlaku.

“Ini kita mesti ingat, pentadbir menjadi tangan yang kuat dalam melaksanakan urusan dan bangunkan negara. Pentadbiran mesti terdiri daripada mereka yang baik dan tidak terpesong.

“Tanpa pemisahan (kuasa), satu pihak akan menguasai ketiga-tiga (aspek),” katanya lagi.

Beliau juga mendakwa jumlah hutang negara kini telah mencecah paras RM1 trilion, berbanding RM300 bilion pada masa dulu.

“Bagaimana untuk menyelesaikan hutang ini bergantung kepada usaha dan daya kerja kita mengatasi cabaran. Untuk itu kita perlu berkerjasama,” katanya lagi. – Malaysiakini

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15347

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8412

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news