Dr M jumpa Taib, PBB timbang semula keanggotaan BN 0 5974

EKSKLUSIF l  Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah bertemu dengan Yang Dipertua Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud, menurut seorang pemimpin Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Pemimpin yang enggan dinamakan itu berkata, mesyuarat itu turut dihadiri bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin, di Kuala Lumpur.

“Taib akan memanggil Ketua Menteri Sarawak Abang Johari sama ada hari ini atau esok untuk bertemu,” katanya kepada Malaysiakini.

Pemimpin PBB itu tidak menolak kemungkinan membentuk gabungan di peringkat negeri, yang dirancang sebelum pilihan raya umum ke-14 untuk keluar BN jika Putrajaya ditawan Pakatan Harapan.

“Kerajaan negeri yang bebas dari BN akan membawa idea agenda Sarawak dan Perjanjian Malaysia 1963,” katanya.

Katanya, Abang Johari akan memanggil mesyuarat tergempar pada Rabu depan dengan anggota parlimen BN dan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk membincangkan nasib mereka dalam BN.

BN Sarawak terdiri dari empat parti iaitu PBB, PRS, SUPP dan PDP.

Gabungan itu mempunyai 19 anggota parlimen – 13 dari PBB, PRS (3), PDP (2) dan SUPP (1).

Jika mereka meninggalkan BN, gabungan itu hanya akan tinggal tidak sampai 60 kerusi di seluruh negara.

Pakatan Harapan dan sekutunya WARISAN serta anggota parlimen Batu (bebas), mempunyai keseluruhan 122 kerusi.

Angka itu naik kepada 123 kerusi selepas Upko semalam keluar BN dan presidennya Madius Tangau, yang juga anggota parlimen Tuaran, bekerjasama dengan WARISAN dan HARAPAN.

Anggota parlimen bebas Larry Sng, yang menang selepas mendapat laluan HARAPAN, dijangka terus kekal mesra kerajaan pusat yang baru.

Jika 19 anggota parlimen BN di Sarawak menyertai HARAPAN, gabungan itu akan memperoleh 143 kerusi, kurang lima kerusi sahaja lagi untuk menguasai majoriti dua pertiga dalam parlimen. – Malaysiakini

[Baca berita asal]

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15427

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8422

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news