Dr M dan Abang Jo adakan pertemuan 0 3261

TUN Dr Mahathir Mohamad mengadakan pertemuan tertutup bersama Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di Tingkat 22, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, Kuching. – Foto BH Online

TUN Dr Mahathir Mohamad mengadakan pertemuan tertutup bersama Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di Tingkat 22, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, Kuching. – Foto BH Online

KUCHING: Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya di sini bagi mengadakan pertemuan tertutup bersama Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg sebelum mengakhiri lawatannya ke Sarawak hari ini.

Perdana Menteri tiba jam 7.55 pagi disambut oleh Abang Johari bersama barisan Kabinet kerajaan Sarawak.

Ini adalah pertemuan rasmi ketiga antara kedua-dua pemimpin itu selepas Dr Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-7 susulan kemenangan besar Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), 9 Mei lalu.

Pada pertemuan tertutup ini, Dr Mahathir dijadualkan mengikuti taklimat pembangunan terkini di Sarawak.
Malah, kedua-dua pemimpin dijangka menyentuh agenda memperkukuhkan hubungan Pusat – Sarawak, terutama dalam konteks pembangunan serta sosio ekonomi demi kepentingan rakyat.

Beliau bersama isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dijadualkan berlepas pulang ke ibu negara menggunakan pesawat khas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching jam 10 pagi ini–BH Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13516

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8151

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news