Mangsa kedua yang dikhuatiri lemas ditemui semula jam 1.03 petang tadi.
Pasukan bomba mengangkat mangsa ketiga yang dijumpai sekitar jam 2 petang tadi.
MARUDI: Mayat dua remaja yang dikhuatiri terjatuh ketika memancing di Sungai Baram ditemui lemas, hari ini.
Mangsa kedua yang dikenali sebagai Mohd Zafril Waslie, 13, ditemui sekitar jam 1.01 petang manakala mangsa ketiga iaitu Mohd Alyeef Ong, 14, ditemui jam 2 petang.
Difahamkan, kedua-dua mangsa ditemui tidak jauh dari lokasi mereka dilaporkan terjatuh.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon Miri Law Poh Kiong berkata mangsa kedua tersebut dijumpai melalui kaedah pancing oleh penduduk kampung.
“Mangsa ketiga pula djumpai oleh pasukan penyelam bomba zon Miri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kedua-dua mangsa pergi ke kawasan itu bersama datuk mereka untuk memancing, awal pagi semalam.
Kejadian itu bagaimanapun hanya disedari keluarganya selepas orang awam menemui mayat datuk mereka, Sujai Jaraee, 72 ditemui terapung di tepi sebuah bot ekspres pada jam 7 pagi. – Utusan Borneo Online