GPS disasar dilancarkan pada 22 Julai 0 5629

KUCHING 23 Jun – Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang baharu disasarkan untuk dilancarkan pada Hari Sarawak iaitu 22 Julai hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Teknikal bagi pendaftaran Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, jawatankuasa tersebut dianggotai Setiausaha Agung parti terlibat iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bersama Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) serta pakar perundangan.

Katanya, Jawatankuasa Sementara (Protem) GPS juga telah dibentuk memantau perjalanan pendaftaran GPS kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) yang dianggotai kesemua Presiden dan Setiausaha Agung parti terlibat.

“Perlembagaan GPS juga sedang dirangka mengikut ‘perasa’ Sarawak disamping menulis surat kepada Dewan Rakyat memaklumkan bahawa kita telah tidak bersama Barisan Nasional (BN).

“Kita juga menulis surat kepada Pemangku Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan secara rasmi hal itu dan berterima kasih atas perhubungan sebelum ini,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, pihaknya juga akan mengadakan pertandingan mencipta logo GPS bermula esok hingga 10 Julai yang terbuka kepada rakyat negeri ini.

“Logo ini kita mahu mempunyai warna bendera Sarawak dengan identiti tempatan.

“Bagi tempat pertama, hadiah wang tunai RM10,000, kedua (RM5,000), ketiga (RM3,000) dan RM1,000 bagi setiap lima pemenang saguhati,” jelasnya.

Beliau memberitahu, untuk keterangan lanjut boleh melihat daripada laman Facebook mereka dan iklan di dalam akhbar nanti. -UTUSAN ONLINE

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13550

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8153

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news