PBB sesekali tidak akan menjadi katak politik, kata Abdullah Saidol 0 5488

Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) akan mempertahankan integriti serta maruah perjuangan politiknya dan sesekali tidak akan bertindak seperti katak.

Menteri Muda Hal Ehwal Korporat Abdullah Saidol berkata, PBB tidak terdesak kerana parti tulang belakang Barisan Nasional (BN) itu tahu kekuatan dan kelebihan parti di Sarawak.

“PBB seperti rakan lain dalam komponen BN Sarawak telah melalui perjalanan sejarah politik yang lama serta proses kematangan politik dan terlibat secara langsung evolusi permodenan negeri Sarawak yang seluas Semenanjung,” katanya dalam satu kenyataan.

Ujar Abdullah, PBB ialah parti dalam komponen BN yang dipilih melalui pilihan raya negeri dua tahun lepas untuk mentadbir Kerajaan Negeri Sarawak.

Dalam pilihan raya umum lalu, BN hanya memenangi 19 daripada 31 kerusi berbanding 25 kerusi pada 2013.

PBB kalah di satu kerusi – Puncak Borneo – daripada 14 kerusi yang ditandinginya, antara lain susulan pemilihan calon yang salah dan sabotaj dalaman.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sebelum ini menegaskan pentadbirannya akan bekerjasama dengan kerajaan Pakatan Harapan di peringkat persekutuan.

Hanya Sarawak, Perlis dan Pahang kini diperintah kerajaan BN yang mengalami kekalahan teruk dalam PRU lalu susulan tsunami rakyat. –Sarawakvoice 

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13467

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8145

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news