Dua pemain Sarawak FA akan membuat laporan polis pagi esok kerana dianiaya 0 5806

KUCHING: Mahkamah Majistret Kuching hari ini membebaskan dua pemain skuad Sarawak FA dan seorang individu lain dipercayai ‘bookie’, selepas tiada bukti yang mengaitkan penglibatan mereka dalam skandal mengatur perlawanan baru-baru ini.

Majistret Sandy Yvette Freddy membenarkan permohonan bebas ketiga-tiga tertuduh dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mereka sebelum itu direman enam hari bagi membantu siasatan  selepas disyaki terlibat mengatur perlawanan di antara Sarawak dan Felcra United FC dalam aksi Liga 100 Plus Premier pada 10 Februari.

Pembebasan kedua-duanya disambut oleh sorakan lebih 150 penyokong yang memenuhi ruang legar Kompleks Mahkamah Kuching.

Sementara itu, sumber SPRM memberitahu, siasatan sebelum ini dilakukan di bawah Seksyen 16(a) SPRM 2009 kerana kesalahan menerima atau meminta suapan.

Prosiding dilakukan Pegawai Penyiasat SPRM, Dzulkarnain Rousan Hasbi manakala suspek diwakili peguam, Ahmad Dzulfadli Abang Hamdan, Saifunnizam Sam dan Irawan Sudarsono.

Sementara itu, kedua-dua pemain yang berusia 28 dan 30 tahun itu dijadualkan mengadakan sidang media khas pada pagi esok di Hotel Waterfront di sini.

Sebelum itu, sekitar jam 7.00 pagi, mereka akan membuat laporan polis yang dipercayai berkait dengan fitnah, aniaya dan cubaan untuk menjatuhkan reputasi mereka sebagai pemain bola sepak profesional. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13446

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8138

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news