Pesakit larikan ambulans dari Hospital Umum Sarawak direman empat hari 0 5797

KUCHING: Pesakit lelaki yang menggemparkan negara apabila mencuri sebuah ambulans dari Hospital Umum Sarawak semalam ditahan reman selama empat hari bermula hari ini.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Sandy Yvette Freddy bagi membolehkan pihak polis melakukan siasatan terperinci mengenai kes tersebut.

Ia kejadian pertama seumpamanya pernah berlaku di Sarawak, malah di Malaysia.

Bagaimanapun siasatan awal polis percaya suspek mempunyai masalah mental.

Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Dalam kejadian 12.50 tengah hari semalam, suspek yang berusia 36 tahun dari Kampung Siol Kandis, telah melarikan ambulans milik Pusat Rawatan Puteri KPJ, yang kebetulan berada di Hospital Umum Sarawak kerana menghantar pesakit.

Bagaimanapun kurang sejam kemudian, ambulans tersebut dikesan tersadai di tepi jalan berhadapan Wisma Saberkas.

Suspek yang disyaki melarikan diri ke dalam pusat beli belah tersebut bagaimanapun ditemui kembali berada di premis hospital dengan berjalan kaki sebelum ditahan oleh pihak polis.

Kes ini mendapat perhatian netizen dari seluruh negara. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15335

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8409

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news