Faizul sedia dipanggil polis susulan catatan Facebook 0 6406

KUCHING: Ahli Jawatankuasa Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Santubong Faizul Ahmat yang mempertahankan catatannya di Facebook mengenai Gabungan Parti Sarawak (GPS), bersedia dipanggil polis untuk memberi keterangan susulan laporan polis yang dilakukan Ahli Parlimen Santubong Datuk Seri Nancy Shukri hari ini.

Beliau yang juga pemilik akaun Facebook ‘Faizul Bin Ahmat’ berkata beliau juga bersedia membuat laporan polis terhadap apa yang didakwanya sebagai korupsi di kalangan Ahli-ahli Parlimen PBB untuk disiasat oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

“Saya tetap dengan pendirian saya bahawa kenyataan yang saya keluarkan tidak bercanggah dengan mana-mana peruntukan undang-undang di negara ini.

“Nancy selaku seorang wakil rakyat dan seorang public official seharusnya bersikap lebih terbuka dalam menerima kritikan, pandangan, sindiran mahu pun satira politik,” katanya menerusi kenyataan media.

Menurutnya lagi, beliau pasti Nancy sediamaklum tentang apa yang berlaku dalam partinya dan tahu mengenai siapa yang korup dalam PBB dan siapa yang tidak korup.

“Dalam kenyataan saya, saya tidak jelaskan secara spesifik mengenai apa yang ‘dicuri’ oleh MP (Ahli Parlimen) GPS dan Nancy kerana memang itu yang saya niatkan,” jelasnya.

Faizul turut mempersoalkan tentang rizabKerajaan Sarawak.“Apa guna rizab berpuluh billion sekiranyabaru sekarang hendak digunakan semata-mata mahu memperdaya rakyat bagi menyokong GPS,” katanya. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13856

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13025

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news