Dua remaja lelaki maut dalam nahas dua motosikal di Limbang 0 5627


LIMBANG – Dua penunggang motosikal maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua buah motosikal di Simpang Ranggau, Jalan Airport di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu, dua mangsa yang meninggal dunia dikenal pasti sebagai Mohammad Azlan Abdul Hamid, 18, dan Harreild Hellvian Hary, 16.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, sebelum kejadian, Mohammad Azlan dikatakan sedang dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Limbang dari arah pusat bandar di sini.

Bagaimanapun katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, remaja lelaki yang menunggang motosikal Yamaha 125 Z itu kemudian melanggar motosikal Yamaha LC 135 ditunggangi Harreild yang dikatakan secara tiba-tiba keluar dari simpang.

“Impak perlanggaran itu mengakibatkan kedua-dua mangsa tercampak dari motosikal masing-masing dan mengalami kecederaan parah.

“Kedua-dua remaja lelaki yang mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan mereka disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Limbang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Alexson menambah, siasatan lanjut di lokasi kemalangan mendapati kedua-dua motosikal mangsa rosak teruk.
Katanya, tiada kenderaan lain terlibat dalam nahas tersebut.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya. – K! ONLINE

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13469

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8145

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news