Dua wanita muda maut selepas Myvi langgar pokok di Bintulu 0 5974

BINTULU: Gagal mengawal kenderaan menjadi punca dua wanita muda maut dalam kemalangan jalan raya di hadapan Perbinda, Jalan Sultan Iskandar di sini awal pagi tadi.

Ketua Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, insiden berlaku sekitar jam 2.20 pagi tadi ketika kenderaan Perodua Myvi yang dipandu mangsa sedang bergerak dari arah bandar menuju Medan.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, kenderaan tersebut gagal dikawal dan terbabas ke sebelah kiri jalan sebelum merempuh sebatang pokok.

“Pemandu yang kemudian dikenal pasti sebagai Christianda Cymbah Nuli, 23 tahun, maut di lokasi kejadian akibat parah di kepala serta bahagian dalaman badan.

“Rakannya yang duduk di kerusi penumpang, Mastina Juntin 22 tahun pula cedera parah, juga di bahagian dalaman badan dan meninggal dunia ketika menerima rawatan di wad kecemasan.

Kenderaan yang dipandu mangsa kata Naga Chabu, rosak teruk di sebelah kanan badannya.

“Siasatan awal kita mendapati cuaca semasa kejadian adalah baik manakala jalan raya adalah kering.

“Justeru kita percaya insiden disebabkan oleh kecuaian pemandu yang hilang kawalan.

Siasatan lanjut katanya, masih diteruskan untuk mengenal pasti punca sebenar kes, dan kegagalan mangsa mengawal kenderaan.

Kes ketika ini diklasifikasi di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15273

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8402

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news