RM55 juta untuk Simunjan dan Gedong – Abang Johari 0 5669

SIMUNJAN: Kedatangan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ke pekan Simunjan hari ini membawa perkhabaran gembira buat penduduk di situ termasuk Gedong.

Berita gembira itu adalah pengumuman peruntukan RM55 juta untuk Simunjan dan Gedong bagi mengatasi masalah hakisan tebingan sungai dan bekalan air bersih di Lubok Punggor, Lubok Buntin dan Tanjung Sap.

“Sebentar tadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri ada memaklumkan bahawa Simunjan danGedong diancam hakisan tebingan sungai.

“Untuk menyelamatkan dua kawasan ini, saya luluskan peruntukan RM10 juta untuk Simunjan dan RM15 juta untuk Gedong bagi mengatasi masalah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Program Inovasi Rakyat, Simunjan di perkarangan Dewan Mesra Simunjan di sini, pagi tadi.

Pada masa sama Abang Johari turut mengumumkan peruntukan RM30 juta untuk menyelesaikan masalah bekalan airdi Lubok Punggor, Lubok Buntin dan Tanjung Sap. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13446

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8138

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news