Ejen loteri haram ditangkap polis di Bau 0 6033

Bau: Seorang lelaki dipercayai ejen loteri haram ditangkap oleh pihak polis di sebuah pondok di Kampung Jugan di Jalan Bau-Lundu, semalam.

Menurut info awal suspek telah ditangkap sekitar jam 5.30 petang semalam dan didapati telah menjalankan kegiatan penjualan loteri awam tanpa lesen.

Setakat ini suspek telah pun ditahan bersama beberapa Batang yang dirampas oleh polis. Kes disiasat di bawah Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. – Kamek Miak Sarawak

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13009

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12485

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news