Lapor segera catatan cenderung ke arah bunuh diri kepada pihak berkuasa – SKMM 0 5552

KUALA LUMPUR: Pengguna media sosial dinasihat lebih prihatin dan peka kepada sebarang catatan di media sosial yang dilihat cenderung ke arah tindakan membunuh diri bagi mengelak insiden sepertimana berlaku di Sarawak, pada Isnin, berulang.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkata laporan perlu dibuat terus kepada polis dan kepada anggota keluarga dan sahabat handai individu yang terlibat.

Laporan terhadap sebarang kandungan jelik, sumbang ataupun menjurus kepada buli siber, juga boleh terus dibuat secara atas talian menerusi e-mel [email protected] atau WhatsApp SKMM di talian 016-2206 262, menurut suruhanjaya itu dalam satu kenyataan di sini, pada Rabu.

Isnin malam, seorang remaja perempuan ditemui mati dalam keadaan terlentang dan berlumuran darah di tempat letak kereta di MJC, Batu Kawa, Kuching dipercayai selepas memuat naik status “Really important, Help me to choose D(Death) or L (Life)”di “Instagram Story” yang mendapat undian 69 peratus untuk D.

SKMM berkata pihaknya bersedia memberi apa-apa bantuan daripada segi teknikal sekiranya diperlukan pihak polis yang kini sedang menjalankan siasatan termasuk mengenal pasti sama ada undian di Instagram tersebut mempunyai unsur-unsur subahat.

“Untuk makluman, di bawah Seksyen 305 Kanun Keseksaan adalah menjadi kesalahan untuk menyubahati perlakuan kesalahan membunuh diri oleh orang berumur kurang daripada 18 tahun. Sabit kesalahan boleh dihukum penjara 20 tahun dan dikenakan denda,” kata suruhanjaya berkenaan.

SKMM menasihatkan mereka yang berhadapan masalah kemurungan untuk mendapatkan bantuan kaunseling dan emosi daripada kumpulan sokongan seperti The Befrienders yang boleh dihubungi menerusi e-mel [email protected], perjumpaan secara terus mahupun talian hotline 24 jam di 03-7956 8145.

SKMM turut mengingatkan pengamal media supaya lebih peka dengan penyiaran gambar atau visual mangsa dalam laporan mereka bagi menjaga privasi dan perasaan kaum keluarga yang terlibat. – Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12928

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12216

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news