Empat penyamun bersenjata parang larikan pelbagai barang, kenderaan di Serian awal pagi tadi 0 5725

SERIAN: Polis Serian kini memburu empat lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian samun bersenjata di sebuah rumah di Kampung Bunga Raya, Jalan Tangga Bypass di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Superintendan Aswandy Anis mengesahkan pihaknya menerima maklumat kejadian sekitar jam 3.35 pagi.

“Mangsa, 38 tahun adalah seorang lelaki Cina dan rumahnya telah dimasuki oleh empat suspek lelaki yang tidak dikenali melalui pintu belakang yang tidak dikunci jerijinya pada sekitar jam 3.00 pagi.

Keempat-empat suspek menurut mangsa, bertopeng dan bersenjatakan parang.

“Sejurus masuk, suspek telah mengikat mangsa dengan tali nylon sebelum menyelongkar rumah, melarikan dompet, barangan kemas, komputer riba dan tablet mangsa.

“Suspek turut melarikan kenderaan mangsa jenis Toyota Spacio warna perak,” katanya lagi.

Aswandy turut mengesahkan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Rumah mangsa adalah jenis teres satu tingkat dan terletak kira-kira 100 meter dari jalan besar.

“Pihak kami masih melakukan siasatan dan tindakan mengesan kesemua saspek sedang giat dijalankan,” tambahnya lagi.

Berdasarkan siasatan awal, kerugian yang dialami mangsa ditaksir sekitar RM50 ribu.–Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15227

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news