Enggan tandatangani perjanjian, Sarawakmungkin tak dapat semula penurunan kuasa – Chong Chieng Jen 0 5535

KUCHING: Kerajaan negeri mungkin tidak akan mendapat semula penurunan kuasa yang ditawarkan oleh Pakatan Harapan (PH) sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu.

Pengerusi PH Sarawak, Chong Chieng Jen berkata, ia disebabkan oleh tindakan kerajaan negeri sendiri yang enggan menandatangani perjanjian tersebut.

Bagaimanapun, beliau menyifatkan ada hikmah di sebalik tindakan kerajaan negeri tidak menandatangani perjanjian itu.”

Jika mereka (kerajaan negeri) mendapat penurunan kuasa itu, mereka akan menggunakannya sebagai alat politik untuk membalas dendam terhadap rakyat,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak, di sini hari ini.

Chong yang juga Pengerusi DAP Sarawak menambah, memandangkan kerajaan negeri enggan menerima penurunan kuasa yang ditawarkan, maka kuasa itu akan terus kekal bersama kerajaan persekutuan.

“Kami sudah menyerahkan perjanjian itu tetapi beliau (Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg) enggan menandatanganinya.

“Memandangkan mereka enggan menerimanya, kami tidak dapat menurunkan kuasa itu tetapi mengambil kira keadaan dan cara BN Sarawak bertindak, saya rasa mereka tidak layak untuk menerima kuasa itu .. mereka akan menyebabkan banyak masalah,” katanya.

Antara tawaran yang diberikan PH kepada kerajaan negeri jika berjaya membentuk kerajaan selepas PRU14 adalah bayaran 20 peratus royalti minyak dan gas kepada Sarawak berbanding hanya lima peratus ketika ini.

PH turut menawarkan penurunan kuasa sepenuhnya kepada kerajaan negeri dalam bidang pendidikan termasuk bidang kesihatan serta kuasa dalam hal-hal perniagaan dan perdagangan.

Ia termasuk bayaran 50 peratus pendapatan cukai di Sarawak kepada kerajaan negeri berbanding sistem sedia ada di mana semua pendapatan cukai disalurkan kepada kerajaan persekutuan, dan Sarawak perlu memohon peruntukan – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15224

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news