VOLGOGRAD, Rusia – Harry Kane muncul wira pasukan England selepas membantu pasukannya meraih tiga mata penting dalam aksi pertama Kumpulan G menentang Tunisia dengan kemenangan 2-1 sebentar tadi.
Pada perlawanan tersebut, Kane yang juga kapten pasukan tidak menunggu lama untuk meledak gol pembukaan selepas tangkas menyambar bola muntah hasil kesilapan penjaga gol, Mouez Hassen pada minit ke-11.
Tersentak dengan itu, Tunisia memperkemaskan jentera serangan dan berjaya meraih gol penyamaan pada minit ke-35 menerusi Ferjani Sassi.
Skuad kendalian Gareth Southgate melipat gandakan usaha untuk mencari gol kemenangan pada babak kedua dan akhirnya berjaya menerusi Kane pada masa kecederaan.
Keputusan 2-1 kekal hingga tamat perlawanan dan meletakkan Three Lions berkongsi kedudukan Kumpulan G dengan Belgium yang turut berjaya menewaskan Panama malam tadi. – Agensi