Sarawak miliki senjata untuk tewaskan Petronas 0 5590

KUCHING: Menteri Muda Undang-Undang, Hubungan Negeri-Persekutuan dan Pemantauan Projek Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali yakin Sarawak dapat menang ke atas tindakan Petronas yang mengemukakan permohonan penjelasan status mereka dalam Akta Pembangunan Petroleum  (PDA) 1974 di Mahkamah Persekutuan.

Menurut beliau, pasukan perundangan negeri sudah bersedia sepenuhnya untuk berdepan dengan isu Petronas itu dengan antara ‘senjata’ utamanya adalah dokumen-dokumen yang diperolehi daripada misi berkaitan hak Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) di London, sebelum ini.

“Dokumen dari London banyak membantu, semuanya adalah asli dan semua dokumen yangkita bawa balik ini akan digunakan sepenuhnya sebagai bukti yang diperlukan di mahkamah nanti.“Dengan itu, kita yakin dapat menang dalam perjuangan mempertahankan hak eksekutif minyak dan gas Sarawak dan ini adalah pendirian Kerajaan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual semasa Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak di sini, semalam.Bagaimanapun, Hasidah berkata apa-apa tindakan yang akan diambil kerajaan negeri adalah bergantung kepada keputusan proses pendengaran isu tersebut, yang dijadualkan pada12 Jun di Mahkamah Persekutuan namun ditangguhkan kepada tarikh baharu, 21 Jun ini.

“Kita tunggu dan lihat apa keputusan mahkamahpada 21 Jun nanti sama ada mereka membenarkan permohonan Petronas atau sebaliknya dan dari situ, kita lihat apa tindakan selanjutnya yang akan diambil.“Buat masa sekarang, kita tidak mahu tergesa-gesa atau terburu-buru mengambil apa jua tindakan,” katanya.Pada 4 Jun lalu, Petronas memfailkan permohonan di Mahkamah Persekutuan untuk mendapatkan pengisytiharan mengenai PDA 1974 sebagai undang-undang terpakai bagi industri petroleum di Malaysia.

Menurut syarikat minyak dan gas nasional itu, ia adalah pemilik eksklusif sumber petroleum sertapengawal selia industri huluan di seluruh Malaysia termasuk di Sarawak.Perkara itu disahkan Jabatan Peguam Besar Sarawak yang mengakui menerima notis daripada Pendaftar Mahkamah Persekutuan bahawa Kerajaan Sarawak menjadi pihak dalam saman dikemukakan Petronas itu. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 14891

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8354

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news