Feri karam di Sebauh, seorang hilang, tujuh selamat 1 5781

Bintulu: Seorang lelaki dikhuatiri lemas manakala tujuh yang lain selamat selepas sebuah kapal jenis Landing Craft yang dijadikan feri karam di Sungai Pandan, Sebauh tengah malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, semasa kejadian, kapal tersebut sedang membawa muatan empat buah lori yang mengangkut biji sawit yang dalam perjalanan dari ladang menuju Jeti Sungai Pandan.

“Setelah menerima maklumat daripada orang awam, pagi tadi kita telah mengaktifkan bantuan sebuah pacuan empat roda dan sebuah bot, dengan kekuatan empat anggota yang diketuai Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu, Mohamad Meramit ke lokasi.

Pasukan tiba di jeti Jendela Padu, iaitu lokasi kapal itu karam sekitar 10.10 pagi tadi dan terus memulakan aktiviti mencari dan menyelamat (SAR) secara ‘pencarian permukaan’.

“Turut terlibat dalam operasi tersebut ialah sebuah helikopter milik Unit Udara Polia Diraja Malaysia, bot Jabatan Sukarelawan Malaysia, anggota Pasukan Bomba Sukarela dan penduduk kampung.

Sehingga jam 2 petang tadi, mangsa yang dikenal pasti sebagai Mohd Dzuliqmi Dephen, 23 tahun yang berasal dari Sabah masih gagal ditemui. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15347

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8412

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news