Gadis lembam disyaki dirogol bapa saudara mengandung 7 bulan di Sibu 0 5883

SIBU: Seorang gadis lembam dipercayai menjadi mangsa rogol bapa saudaranya sendiri selepas didapati mengandung tujuh bulan.

Kejadian itu disedar oleh ibu mangsa, 41, apabila mendapati anak perempuannya berusia 19 tahun mengalami sakit kepala dan muntah pada awal pagi 24 Februari lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu Superintenden Martin Koo berkata, ibu mangsa yang curiga dengan kesihatan anaknya kemudian menghantar mangsa ke klinik pada 3 Mac lalu.

“Pemeriksaan doktor mendapati mangsa telah mengandung tujuh bulan,” katanya ketika diminta pengesahan kes tersebut, semalam.

Bertindak atas maklumat, polis telah berjaya menangkap suspek berumur 23 tahun dan telah direman tujuh hari. Menurut Martin, mangsa memberitahu ibunya bahawa dia telah dirogol oleh pakciknya semasa berada di rumah pakciknya di Teku beberapa bulan lalu.

Siasatan awal pihak polis mendapati mangsa sering ke rumah suspek untuk menjaga anak-anak suspek.

Katanya, suspek dan mangsa hanya melakukan hubungan seks hanya sekali sahaja.Mangsa telah dibawa ke Hospital Sibu untuk menjalani pemeriksaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana disyaki merogol,” tambahnya.

Dalam kes berasingan, polis sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai mencabul dan cuba merogol anak tirinya.

Martin Koo berkata, insiden tersebut dilaporkan oleh pengadu, 26, selepas suspek yang juga bapa tirinya masuk ke biliknya dalam keadaan bogel dan dipercayai cuba merogolnya.

Katanya, insiden dipercayai berlaku di sebuah rumah di Sibu Jaya kira-kira jam 12.30 malam baru-baru ini apabila mangsa tersedar ada orang memegang bahu dan tangannya ketika sedang tidur di biliknya.

“Pengadu yang terkejut terus memalingkan muka dan mendapati bapa tirinya dalam keadaan bogel dan cuba memeluknya,” katanya ketika diminta pengesahan kes, semalam.

Menurutnya lagi, mangsa kemudian menjerit dan menepis tangan suspek yang menutup mulutnya, tetapi berjaya menolak suspek sebelum melarikan diri ke tingkat bawah untuk mengejutkan ibunya.

Siasatan awal pihak polis mendapat suspek dan ibu mangsa telah berkahwin dan tinggal bersama dengan keluarga pengadu sejak Disember tahun lalu.

Martin berkata, pengadu mengesyaki suspek memasuki bilik pengadu melalui tingkap kerana pintu bilik telah dikunci.

Katanya, suspek telah melarikan diri dan tidak pulang ke rumah selepas kejadian.“Suspek kini sedang dikesan dan kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul,” katanya -Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13400

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8130

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news