Gara-gara tidak mahu meminta maaf, wanita diserang 8 lelaki di Kampung Sebandi Ulu, Asajaya 0 5598

LAPAN lelaki termasuk seorang anggota polis berpangkat Koperal ditahan, hari ini, selepas mereka disyaki menyerang dan merosakkan kereta wanita yang terbabit dalam kemalangan maut, bulan lalu.

Kumpulan itu dikatakan bertindak kasar terhadap wanita itu yang juga anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), yang terbabit dalam kemalangan sehingga menyebabkan adik seorang daripada suspek, maut.

Difahamkan, kumpulan terbabit tidak berpuas hati selepas wanita berusia 26 tahun yang tinggal sekampung dengan mereka di Kampung Sebandi Ulu, Asajaya, tidak tampil ke rumah mangsa untuk meminta maaf atas kejadian itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Senior Asisten Komisioner Denis Leong Soon Kuai berkata, wanita itu tidak terus meminta maaf menyebabkan semua suspek ke rumahnya pada 10.30 pagi, Sabtu lalu.

Beliau berkata, berlaku sedikit ketegangan apabila semua suspek yang dikenali wanita itu bertindak merosakkan pintu gelongsor di rumahnya selain menamparnya serta menolak kereta milik wanita itu ke dalam parit.

“Kumpulan lelaki itu tidak puas hati dengan wanita itu apabila kereta yang dipandunya terbabit kemalangan dengan motosikal di Asajaya, bulan lalu sehingga menyebabkan kematian adik kepada seorang daripada suspek.

“Kumpulan itu bertindak demikian kerana wanita itu tidak menemui keluarga mangsa untuk memohon maaf atas kejadian itu,” katanya sambil memaklumkan wanita itu dengan ditemani suaminya kemudian pergi ke rumah mangsa untuk memohon maaf.

Soon Kuai berkata, semua suspek yang berusia antara 20 hingga 39 tahun itu ditahan pagi tadi bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147, Seksyen 323, Seksyen 427 dan Seksyen 448 Kanun Keseksaan.

“Siasatan dilakukan termasuk bagi mengenalpasti peranan setiap suspek dalam kejadian itu,” katanya- Harian Metro

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13470

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8145

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news